Mar 15, 2020

Keping Takdir

kita sering mengelak untuk bertemu,
entah apa alasannya,
kita sendiri begitu bingung.

Begitu banyak alasan diletakkan,
namun atas keping-keping takdir tuhan
di persimpangan jalan itu kita berselisih  bahu,
bertatapan barang sesaat.

sekali lagi atas kepingan takdir, kita masih membiarkan antara satu sama lain.
sampai bila?

Sampai ketemu tanda titik?

Maaf





Aku bungkus kata maaf
dalam balutan luka
yang sudah berparut
meski
sengketa kita telah lama reda.


(26 Mac 2019)

Langit kelam








Untuk langit kelam tidak berwajah
Untuk hati resah tiada punca
Pulangkan hatimu pada Tuhan
yang menjadikan langit cerah
dengan cahayanya

Feb 11, 2019

CELAKA


Semua manusia itu celaka
Kecuali orang-orang yang berilmu
Semua orang yang berilmu celaka
Kecuali orang-orang yang beramal
Dan orang-orang yang beramal itu celaka
Kecuali orang-orang yang ikhlas.

Begitu mendalam maksud dan bait kata petikan ini. Perkataan celaka itu sendiri begitu tidak enak singgah di cuping telinga tapi sungguh kuat menusuk ke dalam sukma. Kalau kita amati, semua manusia itu sama. CELAKA. Jika dungu dan kekal bodoh dengan tidak mencari ilmu. Ilmu adalah satu fitrah manusia yang mesti dilengkapi bak kata Pak Omar. 
Namun, kita akan kembali menjadi manusia celaka apabila ilmu yang kita perolehi itu tidak kita amalkan dan sampaikan. Sampai ada satu peribahasa Arab, ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah. Dan masih lagi kita manusia yang celaka apabila kita tidak ikhlas dalam beramal. Ikhlas ni sentiasa dikaitkan dengan benda yang abstrak dan tidak dapat dinilai dalam bentuk fizikal. Justeru, kita tidak boleh sewenangnya menandakan diri kita sendiri sebagai seorang yg ikhlas, namun ia dapat dirasai melalui perbuatan, kata-kata dan macam-macam lagi. cuma untuk dinilai, kita tiada alat yg khusus.

Feb 10, 2019

SEMESTER 6, UPM

ASSALAMMUALAIKUM!

okay kita mula posting baru entry kita dengan satu quote:

Today Is Not Just Another Day.
Its aa New Opportunity, A New Chance, A New Beginning.
First Day Of Your College (in my case, new semester) Life.
EMBRACE IT!

insyaAllah. Kita mula hidup baru di semester enam. Nak doa banyak-banyak kat Allah supaya sem ni biarlah elok sikit perangai, jaga mulut, jaga perasaan orang lain. Sem ni biarlah semuanya baik-baik. kalau ada ujian, benda pertama sekali tak nak melatah. Tak Nak hentam-hentam orang. 
Tenang. Fikir. Selesaikan. 

Rasa macam tak percaya tengah taip entry baru kat blog ni! Nak nangis !!
Nak start dari sekarang mula balik tulis kat blog. maybe puisi. Ngeee.

Aug 17, 2016

JELIK

Kalau ditanya mana pergi gadis jelek itu, khabarkan yg dia masih ada.

-Apa masih jelek?
Jelik yg bagaimana?

-Jelik, tidak berprinsip, fikir dia sahaja yg betul, terkurung dalam dunianya, marahnya pada orang seperti dia itu malaikat tidak berbuat dosa.

Ouh gadis itu. Masih ada, masih. Dia masih di sini. Cuma sekarang wajahnya berubah. Kalau lihat dekat-dekat wajahnya seakan bukan gadis jelek yg dahulu. Tapi tenang, cuba kau toreh wajahnya. Maka darah yg keluar itulah yg kejelikan yang gadis itu simpan. Ya, dia menjahit luka jelik itu sendirian. Membiarkan darah jelik itu keluar mengotorkan bumi.

-Pasti saja dia berbuat begitu kerana menyedari kejelikannya. Tuhan saja tahu, berapa banyak air mata tumpah ketika menjahit kejelikan diri sendiri.

Tapi dahan usahanya tidak patah. Tiang agamanya kembali didirikan. dia menjadi orang baharu. Namun dosa jeliknya tidak dia lupakan. Kerana tahu, kalau saja langkahnya silap, pasti virus jelik itu datang kembali. Dan dia terpaka melalui kembali masa-masa dirinya enyakiti orng lain, kembali menghembus marah tidak bertempah, kan runtuhlah tiang yg didirikan secara paksa bertemu tuhan.


JELIK. 170816

Aug 4, 2016

Raya 2016

hola, holla, holla!!!!!

hahah. guess what?  today is 30 syawal already. kejap jer nak habis 1 bulan kita raya. and its good untuk kita isytihar no more openhouse. heheh.
so far alhamdulillah, raya tahun ni masih dapat beraya dengan yang tersayang. Alhamdulillah mak dan abah masih di depan mata, masih merasa sambalkacang mak, masih berjaya buat abah kembali gemuk setelah kurus di bulan puasa (bhahahaha) masih kumpul duit raya (HOHO) Dan semuanya kelihatan indah-indah belaka.

but I know deep inside me, I missing someone. or two person and even more. tahun lepas beraya tanpa Wak Mah . tahun ni raya tanpa Nyayee (nenek) . mak dengan aku selalu mengelak untuk up cerita tentang arwah berdua sebab kami berdua akan menangis. tapi biasanya aku lah yang selalu mengelak. mak kadang-kadang bila dia rindu akan luah jugak kat aku.


tiada siapa akan tahu siapa yg pergi tinggalkan siapa. mungkin aku, mungkin mak, mungkin abah, mungkin orang lain.

dan apa yang menyakitkan ialah tengah kau happy sambut raya, mesti ada a slight of feeling kau teringat kat mereka yang dah pergi tinggalkan kau. Ia bagus sebab to limitkan kau punya keriangan tu biar berpada-pada. tapi bukan penghalang untuk kau sekat rasa gembira. jangan selfish untuk rasa macam kau seorang jer yg sedih.

dan sekarang dah masuk bulan 8. that is mean, result upu akan keluar.
ya, kalau ada rezeki akan sambung belajar. akan tinggalkan rumah. akan bina self esteem sendiri. berdikari. akan jauh balik dengan mak dan abah. gosh. so homesick already. hahhaa.







this one is raya tahunlepas. masih ada nyayee  :')




 So, Salam, XOXO.



Jun 12, 2016

Pengalaman Temuduga Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama 2016


Assalammuaaikum, and hello.

Hihi. Alhamdulillah dah hari ke- 7 kita berpuasa. I have so much fun dapat berbuka dengan keluarga. Sebab takut-takut nanti dah tak boleh selalu macam ni. Mana tahu duduk jauh merantau cari ilmu. Sementara ada peluang nih guna sebaik mungkin. Pendamkanlah hasrat nak kuruih di bulan ini. Kuikuikui. Hampeh semangat sebelum puasa siap ada target berat nak dapat. Hoi. Kelaut.



Berbalik pada cerita aku kene pergi interview di UPM.

Jadi ini surat temuduga yang perlu didapatkan secara atas talian (baca; online). Semua benda online sekarang nih. Tinggal kita jer yang kena cepat dan pantas. Hoho. 



Pada mulanya agak berperang dengan diri sendiri nak pergi ke tidak. Sebab aku sangat mengharap dapat UM. Tapi sebab mak bagi support, I pergi jugak berbekalkan support mak. Ye lah puasa kan nak bekal makan apa, kita makan support mak kita je lah. Tak gituuu. Kehkeh

Oleh kerana previous interview aku di USM agak kelaut dek kerana overconfident, so aku prepare baik-baik siket untuk IV nie. Biar tak over tapi memuaskan panel yang nak temuduga aku nanti.

So, aku bagi lah tips sebelum nak pi IV tu naaa. Baca bagi elok-elok.

1.       Pastikan cek betul-betul yang kau dapat interview nie. Sebab IV pendidikan perlulah mengharungi UJian MEDSI terlebih dahulu. Dah lulus baru boleh cerita IV naa.

2.       Dah confirm dapat, dengan kadar segera print out surat temuduga, jangan tunggu last minit, tak selamat hidup. *sebenarnya aku sehari sebelum pergi baru print. Jangan ikut perangai tak senonoh

3.       Start enjin hang , panaskan dulu otak biar cair. Dan mulakan pencarian tentang kos yang kau dapat tu.

4.       Mulakan pencarian dengan bukak laman web Universiti yang hang dapat IV tu. Carilah maklumat yang berguna siket, macam siapa Canselor Uni tu, Naib Canselor, sejarah Uni tu siket2, apa yg hebatnya Uni  tu. ini penting ya adik-adik, kotkot lah panel Tanya tahap pengetahuan am kalian pasal Uni tersebut. Takde lah terkial-kial nak jawab. Be safe everybody !

5.       Lepas tu, dah boleh dah tanya senior untuk dapatkan tips IV yang berguna lagi sahih.
pentingnya tips dari senior ni adalah, secara tidak langsung kurangkan nervous kalian nak memikir serangan-serangan soalan yg akan korang dapat masa IV. Dan, paling tidak pun senior-senior mesti akan bagi pandangan sikit-sikit tentang kos yg awak semua dapat. Drop your question, we wil answer. Gitu moto mereka. *sebenarnya ni moto diri sendiri.

6.        Prepare segala jenis-jenis sijil yang anda semua pernah dapat. Mana yang lagi bagus seimbangkan antara sijil akademik dengan kokurikulum. Baru lah dapat menibulkan rasa kagum bila panel selak sijil-sijil anda.

7.       Hemmm. Usaha semua dah, maka bertawakal lah. Solat, doa, mintak restu mak abah. Siapkan diri dari segi mental. Mana yang tak fasih BI jangan takut sangat, taram jer asal panel faham!

Tips semasa Interview *efek bunyi horror filem Ju-ON

1.       Pastikan solat subuh pagi tu. Cek pukul berapa IV mestilah dilakukan seminggu awal. Kalau dapat IV pagi mungkin dah boleh gerak sehari sebelum, tu pun kalau rumah jauh. Kalua takat ambil masa perjalan dua atau tiga jam perjalanan, bertolak empat/lima pagi masih sempat.
mana yang dapat IV petang macam aku bertolaklah pagi. Pastikan sampai awal di tempat IV.

2.       Cari kaunter pendaftaran. Daftar nama, pastikan cek bilik berapa korang kena IV. Sebab kalua kos pengajian Bahasa Malaysia sebagai Bahasa pertama ni, iV secara Individu. Dan akan dibahagi-bahagikan bilik.

3.       Dah sudah tu, buatlah sesi suai kenal dengan makhluk2 Allah yang wujud dan mempunyai tujuan yang sama dengan korang. Ini untuk membuang masa sambil tunggu kene panggil IV

4.       Okey ni antara soalan yang akan ditanya oleh panel, kebiasaannya panel akan Tanya secara random. Mungkin akan Tanya perkara-perkara yang berkait dengan kos yang kalian dapat.

    • Macam aku dapat kos PBMBP ni, mula sekali panel akan tanya berkenaan pengenalan diri. Kalua panel guna Bahasa melayu, ceritalah tentang diri sendiri dalam Bahasa. Kalau Bi, berhabuklah  speaking.
    • then, akan Tanya , kenapa nak jadi cikgu? Cakaplah apa-apa yang meyakinkan. Contoh saya nak jadi cikgu sebab minat. Sebab saya suka bergaul. Saya suka ajar orang. Saya suka libatkan diri saya dalam pendidikan. Etc.etc. ikut korang naa. Semua pon boleh. Panel pun angguk2 jer. Hehe
    • seterusnya, demo mengajar. Haaaaa. Kenelah prepare mengajar. Nak ajar subjek apa, tajuk apa. Siap2 dah dari rumah praktis. Sikit ja. Jangan balun satu bab. Panel nak tengok cara kita mengajar je.
    • pastu, panel akan Tanya isu semasa. Ulang suara isu semasa. Masa aku haritu, aih satu soalan jer isu tentang dunia pendidikan. Bagilah lebih dari satu baru Nampak hang membaca siket. Aku habaq isu semasa tentang naik taraf Ting.6, sijil Matriks, dgn penambahan Universiti awam, KUISAS. Untk isu semasa ni panel akan cuba argue dengan kita. Lebih kepada nak mintak pendapat kita jer sebenarnya. Kau bagilah pendapat apa pun, panel terima jer. Tapi haritu aku kena jugak dengan panel tu sebab pada dia pendapat atau pandangan aku salah. Aku okey jer. Like seriously, time-time macam tu kau nak menang jugak? Haih. Jangan tunjuk pandai sangat. Panel-panel tu boleh jadi pensyarah kat situ. Pengalaman dan pembacaan mereka mestilah lagi tinggi dari kita.
    • next, panel akan tengok sijil-sijil kita dan mula test kita. Sesiapa yang banyak sijil koko hebat-hebat macam pernah wakil negeri ke daerah ke hatta sekolah pun, panel balun jugak Tanya. Contoh, hang terer kawad, haa berkawad lah kau depan dia. Macam aku kena sajak tajuk Ramadan, maka berustazahlah kita ya. Plus, kene bersajak uolls. Aku taram mana yang patut asal panel impress. Muahahha.
    pastu dah rileks siket Tanya pasal family, etc.etc. pastu habis. Haaaaaaaa.



Masa aku Iv tak sampai setengah jam. Adalah doploh minit. Alhamdulillah. Panel siap cakap “Welcome to UPM” I was like “insyaAllah, ameennnn” hehe. Panel suruh doa banyak-banyak. insyaALLAH ada rezeki dapatlah belajaq kat UPM. Aku pulak jenis tak kesah. Campak lah kat mana pon, asal masuk U nak sambung belajar. InsyaALLAH.

So, sesiapa yang baca entry nih. Bolehlah nak Tanya apa-apa kat kita. Hehe. Drop your comment or kindly email me to fatyha1996@gmail.com. Saya sedia membantu.

Esok puasa ke 8. Counting days. Moga kita sampai ke penghujung Ramadan. Ameen. 











May 20, 2016

I dont have bestfriend nor bestfriendzzzz

So hi peeps !
ececece macam banyak sangat nih yang baca blog aku. haha
anyway, I dah pi interview kat KL untuk masuk USM kos pendidikan. yup. PENDIDIKAN . fuhhh. amazing kan cikgu Fatiha. kalau dah tertulis ceq jadi cikgu, ceq okay ja. well atleast kerja cikgu ni muliaa. IV ? it went well, alhamdulillah. but I dont know the result until this August. masa IV tu macam over confident but I dont really care. sebab aku buat macam aku kenal jer yg IV aku tuh padahal muka diorang pelik nak mampuih tengok perangai aku. hoemgi. Pastu Selasa nih pulak ada test Exam MEDSI . tell you what, medsi tu ujian berkomputer 300 Q in 1 Hour. fuhhhh again. lap peluh. grrrrr. and aku rasa aku ada trauma jawab exam berkomputer. test komputer masa ambik lesen pon kantoi sampai kene repeat weyyyh. cuak. cuak. cuak. study pon baru setengah nih. 

so mari berbalik pada tajuk. aku rasa aku dah discover yg aku nih jenis Family Person. mula-mula macam nak nafikan tapi sangat ketara gitu simptom ni kat aku. 
pada aku family is happines and happiness is family. insyaALLAH. mak abah adik beradik aku sangat kenal dan tahu aku punya baik, kepala gila, kepala angin, kepala masuk air. they accept me as who I am. diorang terima buruk aku yang banyak nih, and never throw me out. never. 

kalau aku buat salah , diorang akan marah on the spot and tell me to fix it. kalau aku nak mintak pendapat they always there for me. apatah lagi bab-bab mintak tolong, anytime anywhere.

kawan? I do miss them. A lot. tapi aku kene terima hakikat yg aku belum ada bestfriends sehati sejiwa dan seakhirat (?) . I dont rally know them. aku takde masa diorang susah. dan begitu juga sebaliknya. sampai satu masa aku give up nak cari bestfriends sebab my family is my bestfriends ever. 

aku pon tak tahu kenapa kene cari bestfriends? desperate? hemmm. maybe. Coz I get jealous whenever I seem them hangout with their friends which is also my friends (?)  benda0benda tu buat aku terfikir kenapa aku takde dalam circle/group mereka? 

I always said to myself to keep calm. no judging. aku dok psycho mental aku bahawasanya, mereka sememangnya mereka. dan kau adalah kau. you just being yourself and thats it ! 

so ya. masa tu aku rasa aku memang desperate, kesunyian and whatever it is, you named it. but now, I can accept whloeheartedly.  sebab aku rasa manusia akan berubah ikut keadaan, mereka akan bergaul dengan orang yg buat mereka selesa, happy, etc. takde sebab pon nak jealous and get desperate, sebab after all this while aku pentingkan family dari kawan . 

susah sebenarnya kalau hidup tak berkawan. tapi semuanya ambil masa. sekarang time kau nak bonding habis-habis dgn family. lepas ni bila dah masuk U (AMEEN) cari kawan yang baik-baik dan hargai mereka. 

so here I am. struggling with myslef now and forever. keep your imaan safe. be happy, no worries.
XoXo.
salam. love, Teha.