Aug 17, 2016

JELIK

Kalau ditanya mana pergi gadis jelek itu, khabarkan yg dia masih ada.

-Apa masih jelek?
Jelik yg bagaimana?

-Jelik, tidak berprinsip, fikir dia sahaja yg betul, terkurung dalam dunianya, marahnya pada orang seperti dia itu malaikat tidak berbuat dosa.

Ouh gadis itu. Masih ada, masih. Dia masih di sini. Cuma sekarang wajahnya berubah. Kalau lihat dekat-dekat wajahnya seakan bukan gadis jelek yg dahulu. Tapi tenang, cuba kau toreh wajahnya. Maka darah yg keluar itulah yg kejelikan yang gadis itu simpan. Ya, dia menjahit luka jelik itu sendirian. Membiarkan darah jelik itu keluar mengotorkan bumi.

-Pasti saja dia berbuat begitu kerana menyedari kejelikannya. Tuhan saja tahu, berapa banyak air mata tumpah ketika menjahit kejelikan diri sendiri.

Tapi dahan usahanya tidak patah. Tiang agamanya kembali didirikan. dia menjadi orang baharu. Namun dosa jeliknya tidak dia lupakan. Kerana tahu, kalau saja langkahnya silap, pasti virus jelik itu datang kembali. Dan dia terpaka melalui kembali masa-masa dirinya enyakiti orng lain, kembali menghembus marah tidak bertempah, kan runtuhlah tiang yg didirikan secara paksa bertemu tuhan.


JELIK. 170816

No comments: