Jun 12, 2016

Pengalaman Temuduga Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama 2016


Assalammuaaikum, and hello.

Hihi. Alhamdulillah dah hari ke- 7 kita berpuasa. I have so much fun dapat berbuka dengan keluarga. Sebab takut-takut nanti dah tak boleh selalu macam ni. Mana tahu duduk jauh merantau cari ilmu. Sementara ada peluang nih guna sebaik mungkin. Pendamkanlah hasrat nak kuruih di bulan ini. Kuikuikui. Hampeh semangat sebelum puasa siap ada target berat nak dapat. Hoi. Kelaut.



Berbalik pada cerita aku kene pergi interview di UPM.

Jadi ini surat temuduga yang perlu didapatkan secara atas talian (baca; online). Semua benda online sekarang nih. Tinggal kita jer yang kena cepat dan pantas. Hoho. 



Pada mulanya agak berperang dengan diri sendiri nak pergi ke tidak. Sebab aku sangat mengharap dapat UM. Tapi sebab mak bagi support, I pergi jugak berbekalkan support mak. Ye lah puasa kan nak bekal makan apa, kita makan support mak kita je lah. Tak gituuu. Kehkeh

Oleh kerana previous interview aku di USM agak kelaut dek kerana overconfident, so aku prepare baik-baik siket untuk IV nie. Biar tak over tapi memuaskan panel yang nak temuduga aku nanti.

So, aku bagi lah tips sebelum nak pi IV tu naaa. Baca bagi elok-elok.

1.       Pastikan cek betul-betul yang kau dapat interview nie. Sebab IV pendidikan perlulah mengharungi UJian MEDSI terlebih dahulu. Dah lulus baru boleh cerita IV naa.

2.       Dah confirm dapat, dengan kadar segera print out surat temuduga, jangan tunggu last minit, tak selamat hidup. *sebenarnya aku sehari sebelum pergi baru print. Jangan ikut perangai tak senonoh

3.       Start enjin hang , panaskan dulu otak biar cair. Dan mulakan pencarian tentang kos yang kau dapat tu.

4.       Mulakan pencarian dengan bukak laman web Universiti yang hang dapat IV tu. Carilah maklumat yang berguna siket, macam siapa Canselor Uni tu, Naib Canselor, sejarah Uni tu siket2, apa yg hebatnya Uni  tu. ini penting ya adik-adik, kotkot lah panel Tanya tahap pengetahuan am kalian pasal Uni tersebut. Takde lah terkial-kial nak jawab. Be safe everybody !

5.       Lepas tu, dah boleh dah tanya senior untuk dapatkan tips IV yang berguna lagi sahih.
pentingnya tips dari senior ni adalah, secara tidak langsung kurangkan nervous kalian nak memikir serangan-serangan soalan yg akan korang dapat masa IV. Dan, paling tidak pun senior-senior mesti akan bagi pandangan sikit-sikit tentang kos yg awak semua dapat. Drop your question, we wil answer. Gitu moto mereka. *sebenarnya ni moto diri sendiri.

6.        Prepare segala jenis-jenis sijil yang anda semua pernah dapat. Mana yang lagi bagus seimbangkan antara sijil akademik dengan kokurikulum. Baru lah dapat menibulkan rasa kagum bila panel selak sijil-sijil anda.

7.       Hemmm. Usaha semua dah, maka bertawakal lah. Solat, doa, mintak restu mak abah. Siapkan diri dari segi mental. Mana yang tak fasih BI jangan takut sangat, taram jer asal panel faham!

Tips semasa Interview *efek bunyi horror filem Ju-ON

1.       Pastikan solat subuh pagi tu. Cek pukul berapa IV mestilah dilakukan seminggu awal. Kalau dapat IV pagi mungkin dah boleh gerak sehari sebelum, tu pun kalau rumah jauh. Kalua takat ambil masa perjalan dua atau tiga jam perjalanan, bertolak empat/lima pagi masih sempat.
mana yang dapat IV petang macam aku bertolaklah pagi. Pastikan sampai awal di tempat IV.

2.       Cari kaunter pendaftaran. Daftar nama, pastikan cek bilik berapa korang kena IV. Sebab kalua kos pengajian Bahasa Malaysia sebagai Bahasa pertama ni, iV secara Individu. Dan akan dibahagi-bahagikan bilik.

3.       Dah sudah tu, buatlah sesi suai kenal dengan makhluk2 Allah yang wujud dan mempunyai tujuan yang sama dengan korang. Ini untuk membuang masa sambil tunggu kene panggil IV

4.       Okey ni antara soalan yang akan ditanya oleh panel, kebiasaannya panel akan Tanya secara random. Mungkin akan Tanya perkara-perkara yang berkait dengan kos yang kalian dapat.

    • Macam aku dapat kos PBMBP ni, mula sekali panel akan tanya berkenaan pengenalan diri. Kalua panel guna Bahasa melayu, ceritalah tentang diri sendiri dalam Bahasa. Kalau Bi, berhabuklah  speaking.
    • then, akan Tanya , kenapa nak jadi cikgu? Cakaplah apa-apa yang meyakinkan. Contoh saya nak jadi cikgu sebab minat. Sebab saya suka bergaul. Saya suka ajar orang. Saya suka libatkan diri saya dalam pendidikan. Etc.etc. ikut korang naa. Semua pon boleh. Panel pun angguk2 jer. Hehe
    • seterusnya, demo mengajar. Haaaaa. Kenelah prepare mengajar. Nak ajar subjek apa, tajuk apa. Siap2 dah dari rumah praktis. Sikit ja. Jangan balun satu bab. Panel nak tengok cara kita mengajar je.
    • pastu, panel akan Tanya isu semasa. Ulang suara isu semasa. Masa aku haritu, aih satu soalan jer isu tentang dunia pendidikan. Bagilah lebih dari satu baru Nampak hang membaca siket. Aku habaq isu semasa tentang naik taraf Ting.6, sijil Matriks, dgn penambahan Universiti awam, KUISAS. Untk isu semasa ni panel akan cuba argue dengan kita. Lebih kepada nak mintak pendapat kita jer sebenarnya. Kau bagilah pendapat apa pun, panel terima jer. Tapi haritu aku kena jugak dengan panel tu sebab pada dia pendapat atau pandangan aku salah. Aku okey jer. Like seriously, time-time macam tu kau nak menang jugak? Haih. Jangan tunjuk pandai sangat. Panel-panel tu boleh jadi pensyarah kat situ. Pengalaman dan pembacaan mereka mestilah lagi tinggi dari kita.
    • next, panel akan tengok sijil-sijil kita dan mula test kita. Sesiapa yang banyak sijil koko hebat-hebat macam pernah wakil negeri ke daerah ke hatta sekolah pun, panel balun jugak Tanya. Contoh, hang terer kawad, haa berkawad lah kau depan dia. Macam aku kena sajak tajuk Ramadan, maka berustazahlah kita ya. Plus, kene bersajak uolls. Aku taram mana yang patut asal panel impress. Muahahha.
    pastu dah rileks siket Tanya pasal family, etc.etc. pastu habis. Haaaaaaaa.



Masa aku Iv tak sampai setengah jam. Adalah doploh minit. Alhamdulillah. Panel siap cakap “Welcome to UPM” I was like “insyaAllah, ameennnn” hehe. Panel suruh doa banyak-banyak. insyaALLAH ada rezeki dapatlah belajaq kat UPM. Aku pulak jenis tak kesah. Campak lah kat mana pon, asal masuk U nak sambung belajar. InsyaALLAH.

So, sesiapa yang baca entry nih. Bolehlah nak Tanya apa-apa kat kita. Hehe. Drop your comment or kindly email me to fatyha1996@gmail.com. Saya sedia membantu.

Esok puasa ke 8. Counting days. Moga kita sampai ke penghujung Ramadan. Ameen. 











No comments: